5 MAKANAN TRADISI POPULAR DI SABAH
WAJIB DICUBA GAISS!!
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Negeri Sabah juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu. Adalah sangat tidak dapat dinafikan bahawa Sabah sememangnya merupakan antara negeri di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong utama tidak kira dalam mahupun luar negara.
Mell percaya,ramai dikalangan kita mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu makanan baru..Betul kah tidak?? hihi..Jadi,apa kata kali ini kita cuba dulu makanan tradisi di Sabah..
Berikut merupakan 5 jenis makanan tradisi Sabah yang wajib anda cuba.Jangan risau,ianya halal dan pasti sedap..mmmmmm,yummy..hihi
# 1. TUHAU
Imej via Lokataste.com
Sebut saja hinava,anda pasti tertanya-tanya seperti apakah hidangan ini,betul tidak? hihi..Sebenarnya hinava diperbuat daripada isi ikan dengan campuran bahan-bahan seperti bambangan,cili merah,halia,limau,bawang merah dan garam.
Apa yang menarik tentang makanan ini ialah,isi ikan tidak perlu dimasak kerana ianya akan masak sendiri melalui perahan air limau .
# 3. BOSOU SADA
Apa itu bosou sada? Bosou sada juga merupakan sejenis makanan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.Ia diperbuat daripada ikan sungai yang dijeruk menggunakan nasi,garam dan pangi.Bosou boleh dijeruk dengan pelbagai campuran bahan lain misalnya cili,umbut pisang,betik,dan sebagainya. Makanan ini tidak kurang popularnya dengan tuhau. Ini juga merupakan salah satu hidangan pembuka selera yang sangat mantap..fuhh,rasanya yang asam dan pekat boleh membuat kita tambah nasi oh..hmm..sedaappp..hehe
# 4. LATOK
Image via akuman999.blogspot.com
Eh,apa ne?? Naa,inilah yang dinamakan latok..Latok merupakan sejenis rumpai laut yang terdapat di sekitar pesisir pantai Sabah. Makanan jenis ini lazimnya popular dalam kalangan masyarakat Bajau Laut di Sabah. Kenapa? Sebabnya,suku kaum bajau kebanyakkan tinggal di pesisir pantai misalnya di daerah Semporna.
Bukan itu saja,latok juga dipercayai memberi beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikkan kepada orang yang memakannya.
# 5. BARABBO
Arrhh..ne apa pula?? Ini adalah makanan tradisi suku kaum Bugis di Sabah. Makanan ini diperbuat daripada jagung yang dijadikan bubur. Ianya sangat sedap dan amat sesuai dijadikan sarapan pagi.
Bahan asasnya hanyalah nasi,jagung dan ayam. Cara hidangan pula berbeza mengikut selera misalnya ada yang campur banyak sayur,guna belacan dan lain-lain. Namun demikian,cara penyediaannya tidaklah serumit yang kita fikir..Senang saja bah..hihi..boleh buat punya..Janji bahan cukup..itu ja..hehe
KESIMPULAN
Sebenarnya,makanan tradisi Sabah banyak lagi..Tapi,di sini Mell hanya senaraikan 5 makanan popular Sabah sahaja yang bagi Mell antara yang menarik perhatian dan sangat sedap walaupun hanya menggunakan bahan yang sangat ringkas .
Jika ada yang teringin untuk mencuba makanan ini,datanglah ke Sabah..Sambil menikmati hidangan tradisional Sabahan,kita juga boleh melawat tempat-tempat menarik yang ada di Sabah.. Bak kata pepatah,menyelam sambil minum air.. Selamat mencuba dan menjamu selera!
hmm sedapnyaa
ReplyDeleteTuhau kegemaran tersenarai jga☺️sedap-sedap makanan sabah
ReplyDeleteKalau makan berlaukkan Bosou Sada saja pun boleh tambah nasi..Favourite.
ReplyDeleteTerasa lapar😭
ReplyDeletesemua pun jenis makanan yang di sukai..boleh tambah nasi ni. Apa lagi kalau ada lada2 nya. 🤤🤤 Jenis makanan ke5 tu BARABBO belum pernah cuba la. 😁😁
ReplyDeletewah barabbo nampak sedaplah🤤terliur saya
ReplyDelete