5 PULAU PERCUTIAN MENARIK YANG TERDAPAT DI SABAH
5 PULAU PERCUTIAN MENARIK YANG TERDAPAT DI SABAH
Sabah merupakan sebuah negeri yang berada berhampiran Laut China Selatan,Laut Sulu di bahagian timur laut dan Laut Celebes di selatan. Dengan negeri yang dikelilingi lautan luas dan anginnya yang sentiasa bertiup,maka Sabah dinamakan sebagai Negeri di Bawah Bayu ekoran daripada keadaannya yang sentiasa ditiup hembusan angin bayu. Wah,dengar saja sudah membuat hati kita tertarik bukan?
So,sempena sambutan Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi,apa kata kita melawat tempat-tempat menarik yang ada di Sabah! Berikut saya senaraikan 5 tempat menarik yang WAJIB anda kunjungi. Pastinya anda tidak akan menyesal sebab datang ke tempat ini..hihi
# 1. TAMAN LAUT TUNKU ABDUL RAHMAN
Taman Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya,Pulau Sapi,Pulau Manukan,Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Namun demikian,hanya 4 daripada 5 pulau ini yang menjadi tumpuan utama para pelancong iaitu tidak termasuk Pulau Sulug.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini termasuklah menyelam skuba,snorkeling,parasailing,banana boat,sea walking atau sekadar berkelah.. Jika anda memilih untuk datang ke pulau-pulau ini,anda boleh mendapatkan bot dari Jesellton Point yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Namun demikian,adalah lebih baik sekiranya anda membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya kerana makanan yang dijual di pulau selalunya mahal.
# 2. PULAU MANTANANI
Pulau Mantanani terletak di Kota Belud,Sabah .Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pada suatu ketika dahulu,di sekitar pulau ini cukup mudah untuk para pengunjung terserempak dengan binatang laut seperti ikan lumba-lumba dan juga dugong. Bukan itu sahaja,daratannya juga sering menjadi tempat persinggahan untuk penyu bertelur. Namun begitu,peristiwa ini semakin berkurang mungkin disebabkan fenomena semula jadi ataupun faktor persekitaran.
Sekiranya anda tidak berpeluang menyaksikan semua ini,jangan kecewa sebab terdapat 1 lagi fenomenan laut yang sangat menarik iaitu bioluminescene di mana hamparan cahaya biru di sekitar pesisir pantai akan kelihatan ekoran daripada kewujudan mikroorganisma marin pada waktu malam.
# 3. TURTLE ISLAND PARK
Tempat ini terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Pulau Selingan,Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan.Turtle Island Park merupakan tempat pemuliharaan dan pemeliharaan penyu Karah dan penyu Agar yang kian diancam kepupusan. Pulau Selingan merupakan pulau terbesar antara ketiganya dan merupakan pusat utama seperti pejabat ,pusat penetasan,penginapan,pengangkutan dan sebagainya. Manakala 2 lagi pulau dijadikan tempat untuk aktiviti pemuliharan penyu.
Sekiranya anda mengunjungi tempat ini,semestinya anda akan mendapatkan pengalaman yang begitu berharga kerana anda dapat melihat bagaimana penyu bertelur atau ketika petugas melepaskan anak-anak penyu yang sudah matang ke lautan.Wahh..seronoknya!
# 4. PULAU BOHEY DULANG
Pulau Bohey Dulang terbentuk hasil daripada sisa limpahan volkano yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Ia dikelilingi oleh bukit-bukau dan mempunyai air laut jernih berwarna biru. Selain daripada melakukan aktiviti seperti menyelam skuba,snorkeling dan lain-lain,pemandangan yang terdapat di puncak bukit pulau ini juga menyumbang kepada tarikan para pelancong.
Bukan itu sahaja,di sini anda juga berpeluang melawat Unit Kajian Marin Tun Sakaran untuk melihat kerang gergasi,melawat perkampungan Bajau Laut dan banyak lagi. Yang paling menarik adalah,Pulau Bohey Dulang telah diisytiharkan sebagai taman santuari burung dan semestinya menarik bagi para penggemar burung. Di sinilah anda akan melihat begitu banyak populasi burung yang belum pernah dilihat sebelum ini.
# 5. PULAU MATAKING
Naa,seperti Pulau Bohey Dulang tadi,Pulau Mataking juga terdapat di daerah Semporna,Sabah. Pulau ini juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil. Pembahagian kedua-dua pulau ini terjadi disebabkan jujuran pasir pantai yang kecil dan hanya tenggelam ketika air laut pasang.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini selain daripada aktiviti laut iaitu mencanting batik,mendapatkan rawatan spa di Jamu spa,berkanu,jungle trekking atau berjalan kaki menuju ke pulau Mantaking Kecil. Jarak untuk ke Pulau Mantaking Kecil dari Pulau Mantaking Besar hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja.
Kalau datang ke tempat ne,jangan lupa menghubungi orang tersayang menggunakan khidmat Pejabat Pos dalam air..hihi..Ehh,adakah pejabat pos dalam air? Macam pelik saja tu...Aii,betul lah bah,ada..tidak percaya,datang dulu sini..hahaha
Surat yang anda kirimkan melalui pejabat pos dalam air akan diletakkan dalam beg vakum ke dalam mailbox yang disediakan di kapal kargo yang telah ditenggelamkan ke dasar laut.
# KESIMPULAN
Bahh,macam mana,menarik kan? Mestilah.. lagi menarik kalau kamu pergi sendiri tu tempat..hihi..
Tapi ingat,cuti tu cuti juga,SOP jangan lupa ya..hihi..okay..selamat bercuti!!
Terima kasih kerana meluangkan waktu singgah membaca artikel Pulau Percutian yang terdapat di Sabah.Semoga anda dan keluarga mendapatkan percutian dan pengalaman menarik sepanjang berada di Sabah.Poinsikou!
Sebenarnya kan,banyak lagi pulau yang cantik di Sabah,tapi untuk kali ini.Cukup setakat 5 dulu..lainnya akan saya update kemudian.hihi
Oleh itu,berikut saya sertakan video youtube iaitu 10 Pulau Tercantik di Sabah yang juga amat menarik untuk dikunjungi.
wah..info yg sgt berguna🥰
ReplyDeleteBanyak bah juga ni tempat-tempat menarik d sabah rupanya, bangga juga jadi org sabah🤭☺️
ReplyDeleteBoleh sdh ni rancang2 mau holiday
ReplyDeletecantiknyaaa😍😍
ReplyDeleteRasa tak sabar terus mau jalan-jalan T^T
ReplyDelete