Blog ini dikhaskan untuk mempromosikan pelbagai keunikan yang terdapat di Sabah termasuklah dari segi makanan tradisi,pakaian tradisi,suku kaum,budaya,dan sebagainya yang ada di Sabah. Semoga postingan ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang pengenalan akan negeri Sabah atau Negeri di Bawah Bayu ini.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pesta Kaamatan ne ya?? hmmm
Ok,maii sini duduk dengar cerita pasal kaamatan ini.
# BAMBARAYON
Perayaan tadau kaamatan merupakan satu amalan tradisi turun-temurun yang sudah ada sejak dulu lagi oleh suku kaum Kadazan-Dusun. Pesta ini biasanya diadakan pada bulan Mei setiap tahun. Bagi menghormati semangat padi yang dinamakan "Bambarayon",suku kaum ini pun melaksanakan upacara perayaan yang kini kita kenali sebagai Tadau Kaamatan.
Untuk pengetahuan kita semua,pesta Kaamatan yang kita rayakan setiap tahun telah pun diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Selain itu juga,allahyarham Tun Fuad Stephens iaitu bekas Ketua Menteri Sabah pertama merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan diisytiharkan sebagai Cuti Umum bagi negeri Sabah.
Melalui cerita lisan yang sering didengari dari cerita orang-orang tua,Kinorohingan (Tuhan) dan isteri iaitu Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Huminodun merupakan seorang gadis yang sangat cantik.
Namun begitu,sangatlah sedih apabila Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka,Huminodun untuk tujuan menyelamatkan orang-orang Kadazan Dusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang cukup. Huminodun pun dikorbankan dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Tidak lama setelah itu,kononnya,mayat Huminodun telah mengeluarkan pelbagai jenis tumbuhan yang kini menjadi makanan utama kepada masyarakat Kadazan Dusun sekarang.
Antara benih yang tumbuh ialah Padi. Disebabkan padi tumbuh hasil daripada sebahagian mayat Huminodun,maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon". Sejak dari itu,masyarakat kaum Kadazan Dusun pun percaya dan mulai melakukan upacara Pesta Kaamatan seperti yang kita rayakan ketika ini.
Berikut saya sertakan video youtube dari ML Studio. Semoga bermanfaat. Terima kasih!
Sangat menarikk π
ReplyDeleteNice! Suatu pngetahuan baru π
ReplyDeleteHebat.. Sy b@ru tahu
ReplyDeleteGood info..
ReplyDeleteFakta nenarik,❤️
ReplyDeleteterima kasihππ
ReplyDeleteTidak sabar bulan 5π€π€©πππ
ReplyDelete