Posts

PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM DI SABAH

Image
  PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM DI SABAH Masyarakat di Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Misalnya kaum utama yang ada di negeri ini ialah masyarakat Kadazan Dusun,Murut,Rungus dan Bajau . Namun,ini hanya pandangan secara kasar berkaitan kaum utama di Sabah. Sebenarnya dari suku ini terdapat banyak lagi etnik di bawahnya. Misalnya,suku kaum kadazan dusun dapat dibahagikan lagi kepada Dusun Kimaragang,Dusun Lotud,Dusun Sungai dan banyak lagi. Oleh itu,untuk kali ini saya hanya akan mengupas secara umum sahaja berkaitan pakaian tradisional untuk 4 suku kaum utama yang disebutkan tadi. # 1. KAUM KADAZAN DUSUN       Gambar di atas merupakan pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari daerah Penampang. Biasanya lelaki memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakaian kepala yang disebut siga. Manakala wanita pula memakai baju pendek disebut sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.   # 2. KAUM RUNGUS         Ini merupakan pa

PESTA KAAMATAN ( HARVEST FESTIVAL)

Image
 PESTA KAAMATAN ( HARVEST FESTIVAL) -SEJARAH DAN ASAL USUL- Image via sutandarmawan Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pesta Kaamatan ne ya?? hmmm Ok,maii sini duduk dengar cerita pasal kaamatan ini.  # BAMBARAYON Perayaan tadau kaamatan  merupakan satu amalan tradisi turun-temurun yang sudah ada sejak dulu lagi oleh suku kaum Kadazan-Dusun. Pesta ini biasanya diadakan pada bulan Mei setiap tahun. Bagi menghormati semangat padi yang dinamakan "Bambarayon",suku kaum ini pun melaksanakan upacara perayaan yang kini kita kenali sebagai Tadau Kaamatan. Untuk pengetahuan kita semua,pesta Kaamatan yang kita rayakan setiap tahun telah pun diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Selain itu juga,allahyarham Tun Fuad Stephens iaitu bekas Ketua Menteri Sabah pertama merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan diisytiharkan sebagai Cuti Umum bagi negeri Sabah. Image via suaraaisyiyah # ASAL USUL TADAU

5 PULAU PERCUTIAN MENARIK YANG TERDAPAT DI SABAH

Image
  5 PULAU PERCUTIAN MENARIK YANG TERDAPAT DI SABAH Sabah merupakan sebuah negeri yang berada berhampiran Laut China Selatan,Laut Sulu di bahagian timur laut dan Laut Celebes di selatan. Dengan negeri yang dikelilingi lautan luas dan anginnya yang sentiasa bertiup,maka Sabah dinamakan sebagai Negeri di Bawah Bayu ekoran daripada keadaannya yang sentiasa ditiup hembusan angin bayu. Wah,dengar saja sudah membuat hati kita tertarik bukan? So,sempena sambutan Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi,apa kata kita melawat tempat-tempat menarik yang ada di Sabah! Berikut saya senaraikan 5 tempat menarik yang WAJIB anda kunjungi. Pastinya anda tidak akan menyesal sebab datang ke tempat ini..hihi # 1. TAMAN LAUT TUNKU ABDUL RAHMAN Image via infosantai Taman Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya,Pulau Sapi,Pulau Manukan,Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Namun demikian,hanya 4 daripada 5 pulau ini yang menjadi tumpuan utama para pelancong iaitu tidak termasuk Pulau Sulug. An

5 MAKANAN TRADISI POPULAR DI SABAH

Image
  5 Makanan Tradisi Popular Di Sabah WAJIB DICUBA GAISS!! Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Negeri Sabah juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu. Adalah sangat tidak dapat dinafikan bahawa Sabah sememangnya merupakan antara negeri di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong utama tidak kira dalam mahupun luar negara.  Mell percaya,ramai dikalangan kita mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu makanan baru..Betul kah tidak?? hihi..Jadi,apa kata kali ini kita cuba dulu makanan tradisi di Sabah.. Berikut merupakan 5 jenis makanan tradisi Sabah yang wajib anda cuba.Jangan risau,ianya halal dan pasti sedap..mmmmmm,yummy..hihi # 1. TUHAU Imej via Lokataste.com Tuhau merupakan antara makanan yang popular dalam kalangan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Tuhau merupakan sebuah pokok liar yang tumbuh di kawasan bukit atau hutan. Pokok tuhau sebenar merupakan sejenis halia liar dan baunya sama seperti serangga perosak padi - Kesing    atau lebih dikenali sebagai Pos