PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM DI SABAH
PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM DI SABAH Masyarakat di Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Misalnya kaum utama yang ada di negeri ini ialah masyarakat Kadazan Dusun,Murut,Rungus dan Bajau . Namun,ini hanya pandangan secara kasar berkaitan kaum utama di Sabah. Sebenarnya dari suku ini terdapat banyak lagi etnik di bawahnya. Misalnya,suku kaum kadazan dusun dapat dibahagikan lagi kepada Dusun Kimaragang,Dusun Lotud,Dusun Sungai dan banyak lagi. Oleh itu,untuk kali ini saya hanya akan mengupas secara umum sahaja berkaitan pakaian tradisional untuk 4 suku kaum utama yang disebutkan tadi. # 1. KAUM KADAZAN DUSUN Gambar di atas merupakan pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari daerah Penampang. Biasanya lelaki memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakaian kepala yang disebut siga. Manakala wanita pula memakai baju pendek disebut sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. # 2. KAUM RUNGUS Ini merupakan pa